Monday, 29 April 2013

turun harga minyak lebih baik daripada BR1M?





Post kami yang bertajuk "Kebajikan rakyat: PR vs BN" merupakan post yang mendapat hits paling banyak selepas post "Anwar, Mahathir, Najib dan Bursa". Dalam post tersebut kami membandingkan secara ringkas di antara idea PR yang mahu menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan sebagainya dengan idea BN yang menyasarkan bantuan hanya kepada golongan-golongan sasaran sahaja melalui program BR1M, KAR1SMA, KR1M, MYKASIH dan sebagainya.


Kami telah membandingkan kedua-dua idea ini dari aspek keadilan serta manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. 


Baru-baru ini Datuk Seri Najib dalam sebuah ucapannya menyebutkan:



“Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.

“Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping. Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata. “Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.

“Ekonomi semakin berkembang,”

Namun ramai di kalangan penyokong PR yang 'perasan bijak' telah memperlekehkan ucapan Datuk Seri Najib ini. Mereka berkata kononnya Datuk Seri Najib tidak reti ekonomi, tak pandai kira, serta menyindir kononnya kalkulator kerajaan rosak.


Di sini kami ingin menyangkal kepercayaan karut sesetengah pihak kononnya menurunkan harga minyak lebih baik daripada pemberian BR1M.



Penurunan harga minyak akan menyebabkan penurunan harga barang?



Ramai yang percaya bahawa jika harga minyak naik maka harga barang pun naik. Harga barang juga akan turun jika harga minyak turun. 


Pandangan ini sebenarnya adalah pandangan yang dangkal. Tidak dinafikan bahawa minyak adalah sebahagian daripada kos, terutama kos pengangkutan. Namun, ia bukanlah faktor yang penting. Jika diikutkan, gaji pekerja adalah kos yang lebih penting. Tetapi mengapa mereka tidak mengatakan sekiranya PR menaikkan gaji minima seperti yang tercatat dalam manifesto mereka, harga barang akan naik? 


Selepas berlakunya kenaikan harga minyak dunia beberapa tahun dahulu, kita dapati syarikat pengangkutan seperti Air Asia masih lagi mencatatkan keuntungan pada tahun-tahun berikutnya walaupun mereka tetap mengenakan harga tambang yang murah. Jelas sekali kenaikan harga minyak seolah-olah tidak memberikan kesan kepada Air Asia. Mereka hanya perlu pastikan bahawa mereka dapat meningkatkan jumlah penumpang mereka.


Begitu juga dengan harga barang. Biasanya apabila berlaku kenaikan harga minyak, kenaikan kos per produk boleh dikatakan sifar sekiranya jumlah penghantaran tidak menurun dengan signifikan. Sebagai contoh, kenaikan kos minyak sebanyak RM20 bagi sebuah penghantaran akan menaikkan kos per produk sebanyak hanya 1 sen bagi penghantaran 2000 unit produk. Namun, ia akan meningkat kepada 10 sen jika penghantaran menurun kepada hanya 200 unit. 


Jelas sekali, harga minyak bukanlah faktor penting dalam menentukan harga barang. Apatah lagi apabila dikatakan penurunan harga minyak dikatakan boleh menurunkan harga barang.



Penurunan harga minyak mendatangkan manfaat kepada lebih ramai orang?



Dari satu sudut, pandangan ini boleh dikatakan benar. Ini kerana penurunan harga minyak boleh dinikmati oleh kesemua lapisan masyarakat samaada kaya, menengah atau miskin.


Namun, apa yang menjadi persoalan adalah keberkesanannya kepada golongan sasaran. Sepertimana yang disebutkan dalam post sebelum ini, subsidi minyak lebih banyak pergi kepada golongan kaya dan berpendapatan menengah atas. 


Kajian IMF pada 2007 menunjukkan bahawa golongan kaya mendapat lebih daripada 5 kali ganda subsidi berbanding yang didapati oleh golongan miskin. Sebagai contoh, sekiranya golongan miskin yang hanya mempunyai sebuah motosikal yang dikongsi oleh kesemua ahli keluarga mendapat subsidi minyak sebanyak RM50 sebulan, maka golongan kaya yang kesemua ahli keluarga mereka mempunyai kereta, lebih banyak travel, lebih boros menggunakan minyak akan mendapat subsidi sebanyak RM250 sebulan atau lebih.


Persoalannya, adilkah pengagihan subsidi sebegini? Layakkah golongan kaya mendapat subsidi sebanyak itu? Malah bagi golongan kaya, RM250 itu langsung tidak memberi kesan dan tidak langsung dipandang oleh mereka. Bukankah lebih baik wang ini diberikan terus kepada mereka yang memerlukan?





Penurunan harga minyak yang dicadangkan oleh PR hanya memberikan kesan sebanyak beberapa ringgit sebulan kepada golongan miskin tetapi memberikan wang ekstra yang lebih banyak kepada golongan kaya. 


Jumlah tambahan subsidi diperlukan bagi menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.50 seliter adalah sekurang-kurangnya sebanyak RM7 billion. Ini menyamai kos pemberian BR1M sebanyak RM1200 setahun kepada 6 juta orang golongan berpendapatan menengah rendah ke bawah. 



Namun jika dibandingkan, penurunan harga minyak sebanyak itu mungkin akan mendatangkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM100 atau lebih sebulan bagi golongan kaya dan menengah atas tetapi hanya beberapa puluh ringgit sebulan bagi golongan berpendapatan menengah rendah. Malah ia mungkin hanya memberi penjimatan hanya beberapa ringgit sebulan bagi golongan miskin! Manakala dengan BR1M yang diberikan sebanyak RM1200 setahun akan mendatangkan lebihan wang sebanyak purata RM100 sebulan kepada mereka. Ini tidak termasuk bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan khusus kepada golongan miskin.


Ini jelas menunjukkan pemberian BR1M memberikan manfaat yang lebih kepada golongan sasaran jika dibandingkan dengan penurunan harga minyak.



Golongan menengah dapat apa?



Apabila kerajaan memutuskan untuk memberika BR1M, ramai yang berkata, “Orang miskin je dapat, orang menengah dapat apa?”


Bagi penyokong PR, mereka berpendapat penurunan harga minyak turut menguntungkan golongan menengah, berbanding pemberian BR1M yang hanya diberikan kepada golongan miskin. Maka, mereka mengatakan bahawa penurunan harga minyak lebih bermanfaat.


Pertama sekali, BR1M turut diberikan kepada golongan menengah, tetapi hanya kepada golongan menengah rendah. Namun bagi golongan menengah atas, tentulah bentuk manfaat yang berbeza diberikan kepada mereka.


Katakan seorang bapa mempunyai 2 orang anak. Seorang berada di tadika dan seorang lagi pelajar tingkatan 5. Katakan suatu hari bapa tersebut menghadiahkan sebuah buku mewarna kepada anaknya yang masih di tadika. Adakah atas dasar 'keadilan', dia juga perlu berikan sebuah buku mewarna kepada anaknya yang berada di tingkatan 5? Bukankah itu seperti suatu penghinaan?


Bagi golongan kaya dan menengah atas, mereka sebenarnya lebih banyak mendapat manfaat daripada perkembangan ekonomi negara. Peluang mereka meningkatkan pendapatan adalah lebih cerah apabila ekonomi negara berkembang. Ini kerana, apabila pendapatan sesebuah syarikat meningkat, mereka berpeluang menikmati bonus dan kenaikan gaji. Selain itu, ekonomi yang pesat membangun juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Dengan ini, mereka mempunyai kelebihan memilih peluang kerjaya yang menawarkan tawaran yang lebih baik daripada pekerjaan mereka yang sedia ada.


Ini tidaklah bermaksud kerajaan tidak perlu memberikan apa-apa manfaat langsung kepada golongan menengah atas. Namun, cara pemberian manfaat ini haruslah berbeza. Ini termasuklah dengan menurunkan kadar peratusan cukai individu yang akan memberikan lebihan wang kepada mereka.


Malah, kerajaan juga pernah merancang untuk merubah sistem percukaian negara yang lebih baik dan adil, iaitu daripada cukai yang hanya berasaskan pendapatan kepada cukai berasaskan pendapatan dan perbelanjaan. Dengan cara ini, cukai pendapatan dapat diturunkan lebih banyak lagi. 


Dengan sistem ini juga mereka boleh memilih samaada mahu membeli barangan mahal yang dikenakan cukai atau membeli barangan yang tidak dikenakan cukai. Dengan kata lain, mereka boleh memilih untuk dikenakan cukai atau tidak. 


Namun, sistem ini telah diputarbelitkan oleh pembangkang bagi mempengaruhi masyarakat awam yang jahil tentang sistem ini secara keseluruhannya sehingga ia terpaksa ditangguhkan. Kononnya, ia akan membebankan rakyat terutama golongan miskin. Padahal, ia tidak langsung atau sedikit sekali melibatkan barangan yang dibeli oleh golongan miskin!



BR1M akan meningkatkan hutang negara?



Jelas sekali pandangan ini sangat dangkal. Pemberian BR1M setakat ini hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM3 billion setahun. Sedangkan, penurunan harga minyak kepada RM1.50 seliter menelan belanja sekurang-kurangnya RM7 billion setahun. 


Mengapa tidak dikatakan penurunan harga minyak akan meningkatkan hutang negara?



BR1M akan menyebabkan kenaikan harga barang?



Ada juga sebahagian mereka yang kononnya arif dalam ekonomi mengatakan bahawa pemberian BR1M akan menyebabkan lambakan tunai dalam pasaran. Ini akan menyebabkan peningkatan permintaan seterusnya meningkatkan harga barang.


Namun mereka terlupa bahawa penurunan harga minyak juga akan menyebabkan lambakan tunai dalam pasaran. Ini kerana, harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat mempunyai lebihan wang, terutama golongan menengah atas dan kaya. Siapakah yang lebih kuat berbelanja? Golongan kaya atau golongan miskin? Mengapa tidak dikatakan penurunan harga minyak boleh menaikkan harga barang?


Lambakan tunai yang banyak sememangnya boleh menyebabkan inflasi. Namun, ia masih bergantung kepada pasaran. Sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah mengadakan beberapa langkah kawalan pasaran. 


Persaingan dalam pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat rancak. Banyak pasaraya bersaing menawarkan harga yang lebih rendah. Ini termasuk persaingan sengit  antara Tesco, Giant, Mydin, Econsave, 99 Speedmart dan sebagainya. Kedai Rakyat 1Malaysia juga bertindak bagi ‘memecahkan’ pasaran. Persaingan ini dengan sendirinya akan mengawal daripada kenaikan harga barang.

Itulah sebabnya isu 'barang naik' telah menjadi isu lapuk yang tidak lagi dimanipulasi oleh pihak pembangkang. 


Sebenarnya terdapat beberapa lagi 'hujah' yang kononnya penurunan harga minyak lebih baik daripada BR1M. Namun, 'hujah-hujah' itu nyata terlalu dangkal untuk kami berikan jawapan.



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. 
Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan,
 pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. 
Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” 
Ada yang bertanya, 
“Apakah yang dimaksudkan dengan Ruwaibidhah?”.
 Baginda menjawab, 
“Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” 

Friday, 26 April 2013

bagaimana PAS mencantas Anwar?





Dalam post kami bertajuk ‘apa strategi PAS?’ sebelum ini, kami telah mendedahkan motif sebenar PAS bekerjasama dengan ‘sampah-sarap’ dan musuh Islam dalam pakatan pembangkang. Kami juga telah mendedahkan strategi bagaimana mereka dapat merebut jawatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian penting dalam kerajaan sekiranya BN berjaya ditumbangkan pada PRU13.


Apa yang berlaku akhir-akhir ini telah menjadikan perkara ini terang lagi bersuluh. PAS sedang dalam proses mencantas Anwar Ibrahim! 



Situasi di Permatang Pauh



PAS telah pun mengetahui bahawa BN telah menyusun akar umbi di kawasan Permatang Pauh. Ini dibuat agar BN dapat memberikan tentangan kuat kepada Anwar di sana. Dengan cara ini, Anwar terpaksa memberikan tumpuan yang lebih di kawasannya sendiri berbanding menyerang tempat-tempat lain di seluruh negara. 


Berdasarkan maklumat yang diterima, Anwar telah merekrut seramai 3000 orang pengundi baru di Permatang Pauh dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Namun jumlah itu sebenarnya tidak cukup besar kerana BN telah merekrut 11,000 orang pengundi baru di sana. Ini tidak termasuk pengundi-pengundi sedia ada yang telah 'swing' kepada BN setelah diabaikan oleh Anwar sepanjang hampir 5 tahun menjadi wakil rakyat. Beliau sebaliknya hanya sibuk berkempen di tempat-tempat lain berbanding menjaga kebajikan pengundi-pengundi beliau. Dengan kata lain, Permatang Pauh bukan lagi kawasan selamat bagi Anwar.


Itulah sebab pada mulanya Anwar bercadang untuk bertanding di Perak. Namun, di Perak juga tiada kawasan yang selamat bagi Anwar melainkan di kawasan-kawasan majoriti kaum Cina. 


Jika beliau bertanding di kawasan-kawasan tidak selamat, tugasnya menjadi makin sukar kerana beliau terpaksa berkenalan dengan para pengundi di tempat baru. Jentera BN pastinya akan membuat serangan habis-habisan. Ini akan mengekang beliau daripada berkempen di tempat-tempat lain. 

Beliau juga tidak boleh bertanding di kawasan-kawasan majoriti kaum Cina. Ini akan menyebabkan persepsi terhadap beliau sebagai pengkhianat Melayu akan menjadi semakin nyata. 

Akhirnya Anwar terpaksa membuat pusingan U. Dengan menggunakan bakat semula jadi beliau dalam membuat ‘spin’, beliau telah menggunakan alasan kononnya pengundi-pengundi Permatang Pauh memujuk beliau agar tetap bertanding di sana. Ini sebenarnya hanyalah ‘smoke screen’ bagi menutup pengundurannya dari Perak.


Peluang untuk PAS…



Dr. Mazlan yang dicalonkan oleh BN untuk bertarung dengan Anwar merupakan bekas orang kuat PAS di Pulau Pinang. Beliau mempunyai jaringan kenalan yang luas di kalangan para ahli PAS. Pencalonan beliau ini diharapkan akan dapat menarik sokongan sebahagian penyokong PAS di Permatang Pauh. 


Namun bagi PAS, ini bukanlah masalah. Ini adalah peluang! Jika akar umbi BN yang sudah sedia kuat bergabung dengan akar umbi PAS yang juga mempunyai kekuatan tersendiri, sudah pastilah Anwar boleh ditumbangkan.


Secara senyap-senyap, PAS telah mengatur langkah untuk mencantas Anwar di Permatang Pauh. Mereka sengaja membiarkan para pengikut mereka menyokong Dr. Mazlan. Malah di sebahagian tempat, jentera PAS secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Dr. Mazlan. 




Motif…



Jika BN berjaya ditumbangkan dalam PRU13 tetapi Anwar tewas di Permatang Pauh, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? 


Lim Kit Siang? Karpal Singh? Lim Guan Eng? 


Walaupun DAP dijangka memenangi paling banyak kerusi di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak bercadang untuk meletakkan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia. DAP adalah parti yang licik. Mereka tahu sentimen majoriti orang Melayu di Malaysia. Mereka sanggup mengorbankan keuntungan jangka masa pendek untuk mendapatkan keuntungan jangka masa panjang. Mereka tetap akan memilih seorang Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu. Strategi DAP ini insya Allah, akan kami jelaskan dalam post akan datang.


Jadi siapakah pemimpin Melayu itu?


Apabila Anwar sudah tersungkur, secara langsung, mereka hanya mempunyai satu pilihan… Tidak lain tidak bukan, Hj. Hadi Awang! Seperti disebutkan dalam post sebelum ini, sekiranya Pakatan Rakyat menolak Presiden PAS itu daripada menjadi Perdana Menteri, ‘pihak lain’ akan menawarkan jawatan itu kepada beliau!


Kesimpulannya, peluang PAS untuk menaikkan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri akan bertambah cerah sekiranya Anwar tersungkur di Permatang Pauh. Oleh itu, Anwar mesti dicantas!



Friday, 12 April 2013

video seks: kenapa kami tak terlibat?




Sepanjang tempoh singkat kami menulis di blog ini, kami hanya menumpukan kepada perkara-perkara yang bersifat fakta. Kami tidak terlibat dalam penyebaran skandal, khabar angin, gosip, spekulasi dan sebagainya. Sekali pun sesuatu yang kami kemukakan itu kelihatan seperti spekulasi, ia ditulis berasaskan kepada sumber-sumber yang kukuh.

Dalam isu video seks yang tersebar baru-baru ini, kami lebih cenderung memilih jalan selamat, iaitu tidak menyebarkannya mahupun mengulas samaada ia benar atau tidak. Ini kerana, sekiranya ia tidak benar, maka ia adalah fitnah. Adapun sekiranya ia benar, mungkin sahaja perempuan itu adalah merupakan isterinya yang dikahwini secara senyap. Apa pun kebenarannya, kami memilih untuk tidak menyebarkan khabar yang tidak pasti apatah lagi menyebar keaiban orang.

Mungkin orang lain mempunyai pandangan yang berbeza, namun inilah jalan yang kami pilih, iaitu berpegang kepada hukum asal dalam hal menyebar berita dan hal menutup keaiban orang.

Kami juga berpendapat, kita tidak perlu skandal-skandal sebegini bagi menunjukkan kelemahan parti pembangkang.  Kecelaruan idea, pemusingan fakta, putar-belit, penipuan, penyebaran fitnah, tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan sebagainya yang dilakukan secara terang-terangan cukup untuk kita tunjukkan kepada rakyat mengapa mereka tidak layak untuk diberi mandat memerintah negara.


Keaiban


Setiap kita ada keaiban yang kita semua tidak mahu ia dibuka. Ia adalah sebahagian daripada kelemahan kita sebagai manusia. 


Rasulullah SAW. bersabda:


 “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”
(Riwayat  Ahmad).

Itulah sebabnya para ulama’ terdahulu sering berdoa agar Allah menutup keaiban mereka. Ini kerana, mereka juga adalah manusia biasa yang ada kekurangan dan kelemahan serta tidak maasum daripada melakukan dosa dan kesalahan. 

Islam sangat memelihara maruah manusia. Itulah sebabnya kita dilarang untuk membuka aib orang mahupun aib diri sendiri. Malangnya, dunia politik kita kini dipenuhi dengan bongkar-membongkar, termasuk membongkar keaiban lawan mereka. Ini berlaku di kedua-dua belah pihak, samaada pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Maka tidak hairanlah jika Allah tidak menjaga, malah membongkar keaiban mereka. 


Rasulullah SAW. bersabda:

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” 
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Jika kita khuatir aib kita dibuka, maka kita juga hendaklah menutup aib orang lain. Ini kerana Allah telah berjanji menutup keaiban mereka yang menutup keaiban orang lain. 


Rasulullah SAW. bersabda:

“Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.” 
(Riwayat at-Tirmidzi)


Berlaku adillah!


Dalam dunia politik negara kita, kita sering lihat sikap 'double-standard' orang-orang politik mengenai sesuatu isu.

Apabila seseorang dari puak mereka dituduh, mereka kata ia fitnah, konspirasi, tuduhan tanpa bukti, tak perlu dakwa, tak perlu bela diri. Apabila pihak lawan mereka dituduh, maka mereka kata ia benar sekalipun belum lagi ada pendakwaan, bukti atau pembelaan. Malah, ada tuduhan tertentu dibuat dengan sekadar berkata, “Saya ada bukti mengatakan sekian, sekian..” Namun, setelah bertahun-tahun, bukti itu tidak juga dikemukakan. Jelas sekali, ia hanyalah merupakan suatu propaganda persepsi.

Sekiranya mereka betul-betul adil, maka setiap orang layak untuk didakwa sekiranya pihak pendakwaan mempunyai cukup bukti dan setiap orang juga berhak membela diri.

Apabila pihak mereka didedahkan dengan sesuatu skandal, mereka kata kita dilarang membongkar keaiban orang lain, tanpa mereka sendiri bermuhasabah bahawa keaiban mereka ini mungkin dibongkar oleh Allah atas sebab mereka sibuk menjaja keaiban orang lain selama ini. 

Apabila pihak mereka dituduh berzina, mereka bercakap tentang qazaf. Mereka mengeluarkan ayat al-Quran: 


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(an-Nur:4-5)

Namun, mereka sendiri melakukan perkara sama, menjaja skandal-skandal orang sejak berdekad lamanya!

Sekiranya kita memperjuangkan keadilan, kita sendiri harus berlaku adil. Kita tidak boleh membuat pertimbangan secara selektif.


Firman Allah: 

"Wahai orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan." (al-Maidah:8) 


Rasulullah SAW. bersabda: 

"Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan takaran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berpanjangan dan penguasa yang zalim.
(Riwayat Ibnu Majah)

Na’udzubillah…


Allah Maha Adil


Sebagai seorang muslim, kita perlu yakin terhadap keadilan Allah. Mungkin sahaja keadilan itu tidak dilihat di dunia, namun segalanya akan tertegak di mahkamah akhirat.


Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak zalim walaupun sebesar zarah.." 
(an-Nisa’:40)

Dalam banyak perkara, adakalanya lebih baik kita berdiam diri daripada cuba berkata atau mengadili atau menyokong atau menentang sesuatu yang kita tidak tahu dengan jelas. Ini kerana, ia akan membuka jalan untuk kita berlaku zalim.

Malangnya hal ini tidak lagi dihayati oleh ramai di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Adakalanya, mereka mempercayai dan memperkatakan tentang sesuatu seolah-olah mereka itu adalah saksi. Tidak cukup sekadar itu, mereka pula yang mencela para saksi! Mereka juga sibuk menjadi hakim tanpa perlu menilai bukti dan hujah di kedua-dua belah pihak. Tambahan pula, mereka sendiri tidak terlatih untuk membuat penghakiman!

Ingatlah, Allah itu Maha Adil. Keadilan Allah tidak terhad kepada mereka yang dituduh atau yang menuduh. Keadilan Allah juga meliputi ke atas kita sebagai pihak ketiga!

Tuesday, 9 April 2013

Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat

Oleh Ab Jalil Backer Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihatwww.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.  Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:
Dakwaan 1
Harga kereta
Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

 Fakta: 
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2
 Dasar Perumahan
Manifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?
 Dakwaan 3
Keretapi laju
Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
FAKTA
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4

Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

FAKTA:

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)

Dakwaan 5
Royalti Petroleum
 Manifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Fakta

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.  (Lihat berita harakahdaily:
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6
Permit Teksi
Manifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.
Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%). Pada 11 Julai 2009, PM telah umum dasar  untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.
Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?
Dakwaan 7
“Pengkalan” data
Manifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.
Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?
Dakwaan 8
Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Fakta
Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?
Dakwaan 9
Pakej penggajian baru
Manifesto rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji

Fakta
Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.
Kesimpulan

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.


Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Sunday, 7 April 2013

apa strategi PAS?




Sebenarnya PAS sedar akan dilema yang dihadapi oleh umat Melayu Islam di negara ini. Ini terbukti apabila para pemimpin PAS tersentak dengan apa yang berlaku di Perak pasca PRU12 yang lepas. Ia menyaksikan bagaimana sebuah kerajaan majoriti bukan Islam terbentuk walaupun majoriti kerusi dalam DUN dikuasai oleh wakil rakyat beragama Islam. Ini terhasil apabila 35 kerusi yang dipegang oleh ADUN Islam berpecah kepada BN dan PR. 

Rentetan daripada senario ini kita dapati pelbagai peristiwa telah berlaku. PAS yang sebelum ini sangat keras permusuhannya dengan UMNO, telah mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan PAS-UMNO atas dasar ‘akhaffu dhororain’ yang akan kami jelaskan selepas ini.

Ramai orang penting telah ‘swing’ daripada menyokong pembangkang. Antaranya termasuklah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias yang sebelum in cenderung kepada PAS, tetapi kini telah berubah kecenderungan. Begitu juga dengan sebahagian wakil rakyat dan orang besar PKR. PAS pula bergolak hasil pertembungan golongan pro-kerajaan perpaduan dengan golongan yang menentang kerajaan perpaduan sehingga menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr. Hasan Ali terpelanting, Hj. Hadi Awang dan sebahagian ulama' PAS tersepit serta sebahagian pimpinan PAS negeri dan ahli akar umbi keluar parti. Malah, terdapat tangan-tangan tertentu dalam pembangkang sendiri yang terlibat dalam usaha menumbangkan kerajaan PR di Perak.


‘Akhaffu dhororain’


Bagi mereka yang mengaji agama dengan agak mendalam, pastinya mengenali apa yang dimaksudkan dengan ‘akhaffu dhororain’. Secara literalnya, ‘akhaffu dhororain’ membawa maksud ‘mudarat yang lebih ringan di antara dua mudarat’

Al-Imam al-Ghazali menggunakan contoh pasukan tentera kuffar yang menjadikan umat Islam yang ditawan mereka sebagai perisai dengan meletakkan mereka di barisan hadapan pasukan tentera mereka. Dengan cara ini, tentera Islam tidak dapat menyerang mereka kerana khuatir saudara Islam mereka terbunuh akibat serangan tersebut. Ini membolehkan pihak kuffar terus mara sehinggalah dapat menawan kota Islam. 

Maka dalam situasi ini, terdapat 2 mudarat. Pertama, jika tentera Islam menyerang musuh, mereka tidak akan dapat mengelak daripada membunuh tawanan-tawanan Islam yang dijadikan perisai itu. Kedua, jika musuh dibenarkan mara, mereka akan menawan kota Islam dan melakukan pelbagai mudarat di dalamnya. Dalam situasi ini, al-Imam al-Ghazali membenarkan tentera Islam menyerang tentera musuh walaupun serangan itu mungkin akan mengakibatkan sebahagian tawanan yang dijadikan perisai itu terbunuh. Ini kerana, mudarat kedua adalah lebih besar daripada mudarat pertama. Inilah yang disebutkan sebagai ‘akhaffu dhororain’ atau mudarat yang lebih ringan di antara dua mudarat.

Dalam isu kerajaan perpaduan ini, PAS melihat penggabungan dengan UMNO dan Barisan Nasional adalah merupakan mudarat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan penggabungan mereka dengan PKR dan DAP.

Aneh, bukan?? Bergabung dengan UMNO yang sering dituduh dengan label-label seperti  korup, zalim, fir’aun, kronisme, nepotisme dan banyak lagi ini lebih ringan mudaratnya berbanding bergabung dengan DAP dan PKR yang memperjuangkan slogan-slogan seperti keadilan, menghapuskan korupsi, bersih, telus dan sebagainya!


Adakah terdapat  sesuatu yang mereka tahu yang rakyat tidak tahu?


Pertama, PAS sendiri tahu bahawa segala serangan dan tohmahan yang mereka lakukan terhadap UMNO selama ini sengaja diperbesar-besarkan atas tujuan politik. Mungkin terdapat perkara-perkara yang tidak baik dan tidak dipersetujui oleh PAS tetapi ia tidaklah sehebat yang digambarkan kepada para penyokong mereka. 

Mungkin bagi para penyokong PAS, UMNO adalah syaitan! 'Syaitan' langsung tidak boleh didekati dan tidak boleh didakwah.  Ini hasil daripada propaganda pemimpin mereka yang sentiasa memberikan label-label seperti sekular, zalim, Fir’aun, tolak Islam, anti-Islam, kafir dan sebagainya. Namun, para pemimpin PAS tahu bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya tidaklah seteruk persepsi yang ada pada pengikut mereka. Mereka bukanlah seperti golongan sekular di Turki yang langsung tiada nilai Islam. Pemimpin-pemimpin UMNO menunaikan solat, berpuasa, menunaikan umrah dan haji serta menjaga perkara-perkara asasi umat Islam di negara ini, walaupun terdapat perkara-perkara lain yang bukan asasi yang tidak dipersetujui PAS.

Kedua, PAS sebenarnya begitu mengenali rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang. Dalam post sebelum ini, kami telah mendedahkan sebuah wawancara majalah Tamadun yang dimiliki oleh PAS bersama dengan Mat Sabu pada Julai 1998, iaitu 2 bulan sebelum Anwar dipecat daripada kerajaan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka sangat mengenali siapa sebenarnya Anwar. Malah apabila Anwar dipecat, ramai penceramah PAS yang mengatakan, “Ini adalah bala ke atas Anwar!”

Namun, beberapa bulan selepas itu, mereka telah membuat pusingan U. Presiden PAS ketika itu, Ustaz Fadzil Noor telah menziarahi Anwar. Maka bermulalah kerjasama PAS dan Anwar. Lalu, mereka telah ‘membersihkan’ imej Anwar yang sebelum ini dilabel sebagai zalim, Fir’aun dan ‘political animal’ oleh pemimpin dan media mereka. 

Hasil kerjasama itu, PAS telah mendapat manfaat yang besar. Pada PRU tahun 1999, PAS telah berjaya menawan banyak kerusi sehingga menguasai majoriti kerusi pembangkang dalam Parlimen serta menambah sebuah lagi negeri, iaitu Terengganu. 

Walau bagaimanapun, kerjasama PAS, PKR dan DAP  dalam Barisan Alternatif (BA) pada ketika itu telah merugikan DAP. DAP telah kalah banyak kerusi, termasuk kerusi yang ditandingi oleh dua jaguh mereka Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Maka pada tahun 2001, DAP telah mengambil keputusan untuk ‘bercerai‘ dengan BA. 

Dalam sebuah temubual, Setiausaha Agung DAP ketika itu, Kerk Kim Hock menyebutkan:

 “Kami sekarang mampu membuang beban Negara Islam (teokratik) yang merupakan penyebab utama kekalahan teruk DAP di dalam pilihan raya lalu. Dengan ketiadaan beban ini kami berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapatkan kembali sokongan tradisi kami. Berdasarkan keputusan pilihanraya 1999, kami mendapat maklumbalas yang mengesahkan ia satu-satunya faktor paling utama persembahan teruk DAP. Jika kami bergerak sendirian, kami dengan senang-senang boleh memenangi lebih 20 kerusi Parlimen. Ini berdasarkan semua penilaian yang telah kami buat selama bertahun-tahun dan mood selepasnya.” -NST

Jelas sekali, PAS sentiasa tidak sebulu dengan DAP. PAS memperjuangkan negara Islam manakala DAP menolak penubuhan negara Islam. Tidak setakat itu, DAP memperjuangkan sebuah negara sekular yang berasaskan kepada kesamarataan yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam.

Tambahan pula DAP senantiasa dilihat dibayangi oleh parti PAP dari Singapura yang pernah menggelarkan diri mereka sebagai ‘Little Israel’. Ini adalah sesuatu yang jelas kerana DAP diasaskan oleh Ahli Parlimen tunggal PAP di Malaysia iaitu Devan Nair yang memenangi kerusi Parlimen Bangsar pada Pilihanraya Umum tahun 1965. Antara agenda utama beliau adalah bagi membawa kembali penyatuan Singapura dengan Malaysia. Akan tetapi, beliau tidak tinggal lama di Malaysia. Beliau kemudiannya dipujuk oleh Lee Kuan Yew untuk pulang ke Singapura bagi ‘membersihkan’ imej DAP daripada dikaitkan dengan PAP. Beliau telah pulang ke Singapura dan dilantik memegang jawatan Presiden Singapura.

Strategi Lee Kuan Yew ini ternyata berkesan apabila ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini sudah lupa kaitan antara parti DAP dengan parti ‘Little Israel’ tersebut. Malah, apabila dinyatakan tentang perkara ini, mereka dengan sinis mengatakan, “Ini propaganda UMNO!”

Para pemimpin dan ulama’ PAS sedar akan hal ini. Mereka masih lagi menyimpan rasa curiga terhadap DAP. Malah mereka juga curiga terhadap Anwar yang mendapat sokongan padu barat dan proksi mereka di Asia Tenggara. Namun, atas dasar ‘tahaluf siyasi’, perkara ini didiamkan. 

Inilah asas ‘akhaffu dhororain’ yang dimaksudkan. Mudarat UMNO telah diketahui, namun tahap mudarat PKR dan DAP sangat dicurigai. Tambahan pula kedua-dua parti itu kini telah disertai dan disokong oleh golongan-golongan ideologi songsang yang berfahaman liberalisme, pluralisme, LGBT, memperjuangkan murtad dan sebagainya. Itulah sebabnya PAS pernah berkira-kira untuk meninggalkan pakatan pembangkang. Dengan kata lain, mereka telah pun memasang niat untuk  mengkhianati PKR dan DAP!

Begitulah rapuhnya pakatan pembangkang. ‘Kahwin cerai’ itu adalah perkara biasa bagi mereka. 

Walau bagaimanapun, kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan. Ini kerana, PAS telah dikuasai oleh puak Anwarinas atau proksi Anwar. Mereka ini yang sengaja dihantar menyusup ke dalam PAS sejak sekian lama telah menjalankan kerja-kerja mereka bagi memastikan kerajaan perpaduan tidak direalisasikan. Kerja-kerja mereka ini tidak sukar kerana para pengikut PAS telah lama termakan propaganda-propaganda pemimpin mereka terhadap UMNO. 

Dalam masa sama, sebahagian orang penting PAS telah diyakinkan dengan suatu muslihat penting yang dikatakan akan dapat memberikan keuntungan yang lebih besar kepada PAS berbanding membentuk kerajaan perpaduan…


Apakah muslihat itu?


Pada muktamar PAS yang lepas, para perwakilan PAS telah memberi mandat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya berjaya memenangi PRU13. 




Perkara ini dilihat tidak logik. PAS hanya bertanding kurang 1/3 daripada keseluruhan kerusi. Manakala lebih 2/3 lagi kerusi ditandingi oleh PKR dan DAP yang menyokong Anwar menjadi PM. Tambahan pula dengan senario politik hari ini yang menyaksikan PR kurang mendapat sokongan daripada kaum selain daripada kaum Cina. Ini terbukti apabila PR telah tewas dalam semua PRK di kawasan majoriti Melayu dan kaum lain selepas PRK Manek Urai. Sebaliknya, dalam PRK dan pilihanraya Sarawak, DAP telah memenangi kesemua kerusi majoriti pengundi Cina. Itulah sebabnya prestasi PAS dijangka merosot, manakala DAP dijangka memenangi banyak kerusi pada PRU13.

Jika inilah situasinya, bagaimana Presiden PAS dapat menjadi Perdana Menteri? 

Jawapannya mudah… PAS hanya mahu menjadi kuasa penentu. Ini samalah seperti senario politik Perak pasca PRU12. Walaupun PAS hanya mempunyai kerusi paling sedikit dalam DUN, iaitu sebanyak 6 kerusi, PAS berjaya mendapatkan jawatan Menteri Besar. Parti-parti lain dalam PR terpaksa menyokong keputusan Sultan Perak pada ketika itu kerana PAS merupakan kuasa penentu. 

Malah, senario politik Perak itu juga telah mendedahkan satu kelemahan besar UMNO! Jika kita masih ingat, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali telah menawarkan jawatan Menteri Besar kepada Nizar dan jawatan  exco kepada kesemua 5 ADUN PAS Perak sekiranya bersetuju bergabung membentuk kerajaan dengan BN. Hal ini jelas menunjukkan bahawa UMNO sanggup memberikan jawatan penting kepada PAS daripada melihat seorang Menteri Besar Melayu Islam menjadi boneka DAP.

Inilah kuasa yang PAS mahukan. PAS tidak pentingkan dengan siapa mereka bergabung. Sebaliknya, mereka mahukan kedudukan yang lebih kukuh, iaitu dengan menguasai jawatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian penting. Jika PR tidak dapat memberikan mereka jawatan Perdana Menteri, tentu sekali UMNO akan menawarkan jawatan itu kepada mereka!

Itulah sebabnya suatu ketika dahulu, apabila Dr. Hasan Ali kecoh di Selangor mengenai isu penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam, pertambahan pesat pusat-pusat maksiat, masalah kristianisasi di Selangor dan sebagainya, rakan-rakannya dalam PAS hanya menyebut, “Menang pilihanraya dulu….!”


Risiko


Dalam hal ini, jelaslah bahawa PAS telah mempertaruhkan ummah bagi memenangi jawatan Perdana Menteri. Setiap pertaruhan pasti ada risikonya. Berikut adalah antara risiko pertaruhan PAS… 

a) PAS gagal menjadi penentu

Seperti disebutkan sebelum ini, PAS hanya bertanding tidak sampai 1/3 daripada keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Bagaimana jika kerusi-kerusi yang dimenangi PKR dan DAP sahaja sudah cukup membentuk majoriti kerajaan? Tentulah Anwar yang akan menjadi Perdana Menteri.

b) Hadi Awang tewas

Jika kita lihat prestasi Presiden PAS dalam PRU-PRU lepas, kita dapati prestasi Hadi Awang tidaklah konsisten. Beliau  telah beberapa kali tewas di kawasannya sendiri. Jika ini berlaku, adakah Mat Sabu yang disyaki berfahaman syiah itu akan dilantik menjadi Perdana Menteri? Adakah Malaysia akan menjadi seperti Syria apabila Presiden Basyar al-Asad yang berfahaman syiah memerintah sebuah negara majoriti ahlus-sunnah?



c) Tipu-helah golongan Anwarinas

Bagaimana pula jika muslihat yang dicadangkan kepada PAS ini sebenarnya hanyalah tipu-helah golongan Anwarinas bagi menghalang terbentuknya kerajaan perpaduan? Adakah para Anwarinas di kalangan Ahli Parlimen PAS nanti akan menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri? Atau mereka akan muncul dengan tipu-helah lain pula bagi memastikan Anwar tetap menjadi Perdana Menteri?

d) Parti komponen BN lompat parti

Kita semua sedia maklum bahawa terdapat parti komponen BN tidak selesa dengan PAS. Bagaimana jika parti-parti komponen ini lompat parti bagi menghalang PAS daripada menjadi Perdana Menteri?  Pada ketika itu, PAS akan hilang kuasa penentunya!

Jelas sekali, pertaruhan PAS ini amat berisiko kepada umat Islam. Tambahan pula, mereka cuba bermain muslihat dengan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang jauh lebih licik daripada mereka!!

Bukankah lebih selamat jika memilih ‘akhaffu dhororain’?




Saturday, 6 April 2013

Cara mudah mengenali Anwar




Tidak dinafikan bahawa kebanyakan pengikut parti pembangkang pada hari ini hanya mengikuti perkembangan politik selepas pemecatan Anwar pada tahun 1998. Oleh demikian, ramai di kalangan mereka tidak mengetahui tentang apa-apa tentang politik sebelum dari waktu itu. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Anwar sewaktu berada dalam UMNO dan mereka hanya mengenali Anwar melalui media arus perdana yang pada ketika itu dikawal oleh konco-konco Anwar. 

Manakala parti-parti pembangkang ketika itu bolehlah dikatakan sebagai parti jalanan. Oleh demikian, orang ramai langsung tidak berminat untuk membaca media-media yang dikeluarkan oleh parti pembangkang. Itulah sebabnya mereka langsung tidak tahu bahawa media-media ini suatu masa dahulu lebih banyak menyerang Anwar berbanding Dr. Mahathir. Malah label-label seperti ‘zalim’, Fir’aun, ‘political animal’ dan sebagainya banyak ditujukan kepada Anwar. 


Sebenarnya ada beberapa cara untuk kita mengetahui perkara tentang Anwar.  Namun di sini kami ingin mengutarakan hanya dua cara.

  1. Bertanya kepada saksi di kalangan ahli UMNO yang bersama-sama dengan beliau sewaktu beliau berada dalam kerajaan suatu ketika dahulu.
  2. Membaca pendedahan-pendedahan oleh media pembangkang sebelum beliau dipecat.



Saksi-saksi


Dalam UMNO, sebenarnya tidak sukar untuk mengetahui siapa yang bersih dan siapa yang kotor. Ini kerana saksi adalah terlalu ramai, terutama di kalangan para pemimpin UMNO Bahagian dan para perwakilan. Mereka inilah yang ditawarkan ‘hadiah’ oleh mereka yang menggunakan kedudukan mereka bagi menganugerahkan ‘hadiah’ kepada mereka yang boleh membantu mengukuhkan kedudukan mereka. Oleh demikian, saksi-saksi ini tahu siapa yang ada beri ‘hadiah’ dan siapa yang tak beri ‘hadiah’.

Persoalannya, adakah Anwar tergolong di kalangan mereka yang bersih dan tidak memberikan 'hadiah'?

Pastinya, mereka lebih mengetahui siapa sebenarnya Anwar. Sebahagian mereka ini pernah dijadikan sebagai kroni. Manakala sebahagian lain di kalangan pembantu dan orang kuat kroni menjadi saksi.

Itulah sebabnya ramai di kalangan orang UMNO menganggap Anwar sebagai Bapa Politik Wang. Walaupun politik wang telah pun wujud sebelum dari itu lagi, namun politik wang dalam UMNO semakin menjadi-jadi selepas Anwar diberikan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Ketika itu beliau dalam usaha mengukuhkan kedudukan bagi mencabar Timbalan Presiden Umno pada ketika itu iaitu Tun Ghafar Baba. 

Para saksi telah melihat bagaimana Anwar menggunakan kuasanya bagi membina pengaruhnya dalam UMNO. Mereka melihat ‘tukang bawa beg’ yang di dalamnya dipenuhi dengan note RM1000. Mereka melihat Ketua-ketua Bahagian UMNO dan orang kuat beliau dikayakan dalam sekelip mata. Ada yang ditawarkan saham-saham IPO. Ada yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat-syarikat senaraian awam. Ada yang diberikan kontrak. Malah, ada yang diberikan lesen judi! 

Malah, mereka ini juga melihat sendiri pelbagai tipu muslihat Anwar. Di sebuah negeri , sebagai contoh, seorang Ketua Bahagian telah dijanjikan jawatan Menteri Besar. Namun, setelah beberapa lama, barulah beliau mengetahui bahawa jawatan itu turut dijanjikan kepada beberapa Ketua Bahagian lain. Di negeri lain pula, sebaik sahaja seorang Menteri Besar dilantik, Anwar mengucapkan tahniah kepada beliau dan cuba mengambil kredit dengan mengatakan kononnya beliaulah yang  melobi kepada Dr. Mahathir untuk melantik beliau, namun sebenarnya…….

Banyak lagi kisah-kisah dan skandal-skandal lain yang disaksikan oleh saksi-saksi ini.

Namun anehnya pada hari ini, ‘orang luar’ yang baru sehari dua mengenali politik lebih mengetahui daripada para saksi. Mereka ini hanya mengenali Anwar daripada media. Persepsi mereka terhadap Anwar hanyalah bersandarkan kepada apa yang diucapkan oleh Anwar. 

Sebenarnya amat mudah untuk membuat diri sendiri dilihat bersih. Bagi Anwar, beliau hanya perlu  bercakap tentang politik wang, korupsi, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Lalu ‘orang luar‘ menganggapnya bersih manakala orang selainnya adalah kotor. Malah, mereka menganggap Anwar sebagai hero yang mahu menyelamatkan UMNO dan Malaysia daripada kesemua masalah tersebut!

Namun, bolehkah Anwar memperdaya saksi-saksi yang melihat kerakusan Anwar dengan mata kepala mereka sendiri? Bodohlah mereka jika mereka masih lagi boleh terpedaya.

Setelah Anwar dipecat daripada kerajaan, beliau mendakwa terdapatnya konspirasi dalam menjatuhkan beliau. Namun, bagi para saksi, mereka tahu siapakah sebenarnya yang paling banyak melakukan konspirasi!


Media-media pembangkang.


Dalam isu Anwar ini, kita dapati bahawa kebanyakan kisah dan skandal Anwar telah didedahkan oleh pembangkang sejak daripada tahun 1990an lagi. Hampir semua orang tahu bahawa orang yang pertama mendedahkan tentang kes liwat Anwar di Parlimen adalah Karpal Singh. Manakala orang yang memberi gelaran al-J***ri kepada Anwar adalah Mat Sabu. Skandal-skandal Anwar dijaja merata-rata dalam majlis-majlis ceramah dan media-media pembangkang.

Di sini kami siarkan contoh wawancara dalam salah sebuah media PAS, iaitu Majalah Tamadun, keluaran Julai 1998, iaitu kira-kira 2 bulan sebelum Anwar dipecat.  Wawancara ini adalah antara Lutfi Othman dengan Mat Sabu.  Dalam wawancara itu, Mat Sabu menyebutkan perkara-perkara berikut:


  • Nepotisme


Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan Malaysia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar (kini menjadi Ahli Parlimen PAS dan menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS bagi tempoh 2005-2009) menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?


  • Penguasaan media dan skandal Petronas Dagang


Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama. 


  • Anwar dan pengaruh barat


Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.


  • Anwar seteru politik terbesar PAS


Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan…


  • Anwar pandai menggunakan agama


Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai pilihanraya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.


  • ISA dan demokrasi


Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.


  • Anwar dan judi


Imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. 

Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.

There was an error in this gadget