Saturday, 30 March 2013

mengapa PR 'dilihat' akan memenangi PRU13





Dalam post kami bertajuk ‘sifir kemenangan PRU13’, kami telah menerangkan bagaimana dari sudut angka, BN akan memenangi PRU13 akan datang. Post kami bertajuk ‘Malaysia Bankrap’ pula ada mengemukakan bukti bahawa para pelabur professional yang mempunyai jaringan maklumat dan analisis yang hebat juga yakin bahawa BN akan terus kekal berkuasa. Malah boleh dikatakan semua analisis dan kajian menunjukkan perkara yang sama, termasuklah yang kami terima daripada sumber dalaman pembangkang sendiri.

Namun ramai yang enggan percaya dengan hasil analisis ini. Mereka kata PR nampak kuat. Ceramah-ceramah PR mendapat sambutan. Himpunan-himpunan anjuran PR dihadiri ribuan orang. Ramai orang di facebook dilihat menyokong PR dan begitulah seterusnya.

Akhir sekali mereka kata, “Najib takut nak bubar parlimen!”

Orang kata, “People see what they want to see, and what they want to see has nothing to do with the truth.”

Sebelum kita berbicara lanjut, mari kita meneliti dua percubaan Anwar untuk menakluk Putrajaya selepas PRU12 yang lepas dan lihat persamaan di antara keduanya..


16 September


Beberapa hari selepas keputusan PRU12 diumumkan, Anwar telah menghantar wakil-wakilnya bagi memujuk seramai lebih 31 orang wakil rakyat BN untuk melompat parti bagi menumbangkan kerajaan pusat. Perkara ini telah kami ketahui sebaik sahaja Anwar memulakan langkah beliau.

Beberapa bulan selepas itu, Anwar mencanangkan kepada umum bahawa ramai wakil rakyat BN akan melompat parti  dan PR akan membentuk kerajaan pada 16 September 2008. 

Persoalannya, kenapa perlu dicanang? Kenapa tidak tumbangkan sahaja? Kenapa perlu tunggu?

Jawapannya mudah. Anwar tahu bahawa usahanya tidak berhasil. Jadi, beliau terpaksa melakukan ‘gambit’ dengan mencanangkan terlebih dahulu ‘kejayaannya’ itu. Propaganda demi propaganda dibuat bagi meyakinkan rakyat bahawa 16 September itu adalah perkara yang benar-benar akan berlaku. Ini termasuk melalui ceramah, temubual-temubual bersama media asing, sidang media, menyanyikan lagu ‘lompat si katak lompat’, ucapan di Parlimen dan sebagainya. Para penyokong Anwar berasa amat gembira apabila sebuah akhbar Israel, The Jerusalem Post menggambarkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Anwar juga telah mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh bagi meyakinkan orang ramai bahawa pilihanraya kecil itu adalah laluan baginya ke Parlimen, seterusnya menduduki takhta Perdana Menteri.

Propaganda ini serba sedikit berjaya. Ramai penyokong pembangkang yang yakin bahawa Anwar akan menjadi PM pada 16 September 2008. Tidak kurang juga, ramai di kalangan pro-kerajaan yang gelisah dan menggelabah kerana khuatir apa yang dicanangkan itu menjadi kenyataan. Malah, pihak kerajaan juga telah menghantar ramai ahli Parlimen mereka untuk mengikuti 'lawatan sambil belajar' di Taiwan. Dengan kata lain, propaganda Anwar itu sangat berjaya dan sangat meyakinkan ramai orang, termasuk pihak kerajaan!

Ini adalah suatu bentuk strategi perang saraf Anwar yang bertujuan menggertak ahli-ahli Parlimen BN yang dirasakan masih ragu-ragu atau ‘50-50’ untuk segera melompat parti bagi mengelakkan daripada tenggelam bersama kerajaan BN yang kononnya akan karam. Dengan strategi ini, Anwar berharap akan mendapat majoriti yang cukup bagi membentuk kerajaan yang baru.

Namun demikian, ahli-ahli Parlimen BN bukanlah bodoh. Mereka menyemak antara satu sama lain. Tentunya mereka pasti bahawa dakwaan itu langsung tidak berasas. Malah, kesemua mereka yang telah ditemui oleh wakil Anwar mengakui bahawa mereka ditawarkan jawatan menteri cabinet. Lebih hebat lagi, mereka telah ‘diyakinkan’ bahawa kononnya pihak Agung dan Panglima Angkatan Tentera telah bersetuju dengan peralihan kuasa itu.

Adakah 16 September berjaya? 

Berikut adalah sebuah sidang media Anwar yang diadakan pada 16 September 2008. Jelas sekali propaganda ini cukup meyakinkan sesiapa sahaja yang menontonnya, termasuk mereka yang pro-kerajaan. Namun, adakah ia benar?


Drama terbaik tahun 2008 


PRU13


Setelah gagal dengan rancangan 16 September, Anwar kini terpaksa menggunakan ‘cara biasa’ iaitu melalui pilihanraya.

Seperti biasa, Anwar terus dengan muslihatnya...

Pada tahun lepas, ketika mood rakyat terhadap BN berada di tahap yang sangat tinggi, Anwar yakin bahawa PR tidak akan dapat menang jika PRU13 diadakan pada ketika itu. Lalu, dia mengumumkan bahawa jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mereka tidak akan membubarkan DUN di bawah pemerintahan PR.

Ini adalah suatu bentuk serangan serampang 2 mata. Jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen ketika itu, PR akan memaksimakan penggunaan jentera kerajaan negeri bagi menawan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU12. Ini sepertimana yang dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan Pejabat Tanah dibuka 24 jam. Jelas sekali, PR telah menggunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Jika perkara seperti ini dapat dimanfaatkan pada PRU13, PR memperoleh serba sedikit kelebihan dalam kempen pilihanraya seterusnya memberikan sedikit peluang untuk mereka menang.

Jelas sekali, Datuk Seri Najib tidak termasuk dalam perangkap ini. Bagi beliau, sekalipun PR tidak dapat memenangi PRU13, tindakan ini boleh merencatkan usahanya bagi mendapatkan sasaran majoriti 2/3. Oleh demikian, beliau telah menangguhkan PRU13. Dalam masa sama, beliau yang dikenali dengan permainan 'intel' beliau telah menjalankan langkah-langkah strategik bagi membolehkannya untuk terus secure undi pelbagai lapisan masyarakat. Itulah sebabnya jika kita turun ke banyak kawasan, kita dapati DS Najib mendapat sokongan yang sangat kuat daripada pelbagai golongan masyarakat. Ini jelas berbeza dengan persepsi yang dapat dilihat di alam siber dan di sebahagian tempat di bandar.

Namun bagi Anwar yang sememangnya cekap dalam memanipulasi dan memutar-belit keadaan, dia telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kempen perang sarafnya sekali lagi. Kali ini dengan menimbulkan persepsi kononnya BN akan tumbang. Buktinya, ‘Najib takut  nak bubar.’

Propaganda ini dilancarkan secara habis-habisan. Perhimpunan demi perhimpunan serta jelajah demi jelajah diadakan bagi menimbulkan persepsi kononnya BN akan tumbang. Lagu ‘tanya sama Najib’ didendangkan di merata tempat. Mereka menyerang kubu-kubu kuat BN seperti Johor, Sabah dan Sarawak bagi menunjukkan kononnya mereka telah berjaya menembusi kubu-kubu tersebut. Individu-individu ‘bermasalah’ di kalangan pemimpin-pemimpin BN dan bekas kakitangan awam termasuk jeneral angkatan tentera diumpan menyertai beliau. 

Malah, baru-baru ini salah seorang jeneral yang mengikuti beliau mengumumkan kononnya berdasarkan risikan tentera, PR bakal memenangi PRU13. Sedangkan bagi mereka yang mempunyai akses terhadap maklumat risikan sebenar, perkara sebaliknya yang diramalkan berlaku. Jika tak dapat maklumat atasan, tanyalah mana-mana SB atau MIO yang bawah-bawah. Jawapannya tetap sama.. BN akan menang! Tidak sekadar itu, beliau mengatakan bahawa pihak angkatan tentera telah pun membuat persiapan agar peralihan kuasa berjalan secara aman. Ini tidak lain tidak bukan bagi meyakinkan lagi orang ramai tentang perkara ini.

Cukup aneh. Setelah orang ramai ditipu secara terang-terangan dengan propaganda 16 September oleh Raja Drama ini, mereka boleh lagi terpedaya dengan propaganda beliau yang terbaru ini.

Namun, apakah  sebenarnya motif propaganda ini?

1) Moral

Propaganda ini telah mengukuhkan lagi moral para penyokong Anwar dan PR. Hasilnya, mereka semakin agresif dan giat berkempen. Mereka yang selama ini hanya menyokong secara senyap-senyap telah mula menyuarakan sokongan mereka secara terbuka. Ini telah menyebabkan propaganda ini menjadi lebih berjaya. Dengan kata lain, ia telah menimbulkan persepsi bahawa semakin ramai orang menyokong PR dan kekalahan BN adalah sesuatu yang pasti. Namun hakikatnya, mereka ini hanyalah ‘minoriti bising’.

2) Menggertak pengundi

Terdapat segolongan orang yang menyokong pasukan yang mereka lihat kuat. Sebagai contoh, ramai orang menyokong pasukan Manchester United walaupun mereka sebenarnya tidak ada apa-apa kepentingan dalam pasukan tersebut. Begitu juga apabila berlangsungnya kejohanan Piala Dunia. Setiap orang menyokong pasukan yang mereka lihat bakal memenangi kejohanan tersebut.

Dalam politik, perkara sebegini juga boleh berlaku. Sesetengah pengundi mengundi parti yang mereka rasakan kuat. Ini sepertimana yang ditunjukkan dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang sebelum ini. Kita dapati para pengundi dari awal lagi telah dapat melihat kekuatan BN dalam memenangi pilihanraya kecil tersebut. Hasilnya, BN telah menang dengan penuh bergaya, termasuk memenangi undi daripada peti undi majoriti Cina. Adakah ini bermaksud mereka benar-benar menyokong BN? Atau ini hanyalah sekadar ‘tactical vote’??

Propaganda Anwar kali ini jelas bertujuan mendapatkan undi pengundi-pengundi  ’50-50’ atau ‘pengundi lalang,’ sama motifnya dengan propaganda 16 September yang gagal sebelum ini.

3) Agenda selepas PRU13

PRU13 merupakan peluang terakhir Anwar menduduki takhta Perdana Menteri. Beliau sudah tua. Usia beliau sekarang hampir mencecah 66 tahun. Jika PRU14 diadakan 5 tahun akan datang, usia beliau sudah menjangkau 71 tahun. Kes Liwat II beliau menanti di 2 lagi mahkamah, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau disabitkan atas kesalahan tersebut, maka tamatlah riwayat karier politik beliau. 

Begitulah terdesaknya Anwar Ibrahim ketika ini. 

Anwar adalah seorang pemimpin yang berbeza dengan pemimpin parti pembangkang lain. Parti PAS dan DAP telah lama tewas dalam pilihanraya. Namun mereka tetap berusaha bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya-pilihanraya berikutnya. Walau bagaimanapun, Anwar adalah pemimpin yang rakus. Beliau tidak hanya menunggu PRU. Tak dapat jalan depan, jalan belakang digunakan. Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata. 

Anwar dan konco-konconya kini membuat serangan habis-habisan. Tidak cukup dengan pihak kerajaan, mereka menyerang institusi-institusi lain termasuk Polis, Tentera, SPR, Sistem Kehakiman dan sebagainya.  Tujuannya adalah bagi menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap kesemua institusi tersebut. 

Apabila kepercayaan orang ramai terutamanya penyokong-penyokong beliau terhadap institusi-institusi ini telah hilang, ditambah pula dengan persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong mereka, maka keputusan PRU13 tidak lagi penting. Mereka hanya mahu melihat PR menang. Jika PR kalah, mereka tidak akan percaya. Mereka akan menuduh berlakunya penipuan dalam pilihanraya. 

Itulah sebabnya propaganda Anwar kali ini sangat penting bagi survival politik Anwar. Dengan kata lain, agenda Anwar tidak berakhir hanya dengan PRU13!

Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Anwar setelah PR tewas dalam PRU13 nanti?

a) Tunggu PRU14?
b) atau lari ke luar negara dan menjadi ‘Thaksin Malaysia’?
c) atau…………………………………?


6 comments:

  1. Dalam senario politik di Malaysia sekarang ini, mahu atau tidak, kita perlu mengakui, fakta-fakta kebenaran sering saja diketepikan. Sebaliknya kita sering dihidangkan dengan sikap taksub penyokong-penyokong terhadap seseorang individu yang dilihat lebih menonjol. Ibarat penyokong tegar yang taksub, ketaksuban ini akhirnya menjadi strategi penting buat individu-individu tertentu untuk memanfaatkan segala peluang yang ada bagi memperoleh kuasa, lebih banyak undi untuk kepentingan dan agenda diri, apatah lagi untuk agenda parti. Lalu manipulasi demi manipulasi dilakukan bagi mengaburi fakta-fakta kebenaran yang ada seterusnya membutakan mata hati penyokong tegar dari melihat kebenaran yang sebenarnya.

    Kita sering disogokkan dengan fitnah-fitnah melampau tanpa fakta-fakta yang menyokongnya. Pernah juga kita dalam situasi apabila rakan-rakan dan saudara-mara berkata sesuatu isu dan peristiwa, namun apabila kita menyoal balas dimana faktanya, jawapannya selalunya "Orang Kata". Hakikatnya, inilah pemikiran kita. Psikologi kita mudah untuk dipermainkan terutama dalam isu politik ini. Itu belum lagi menyentuh soal dan isu sensitif. Perang saraf yang sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi segelintir daripada kita.

    Tetapi bagi saya, kebenaran itu akan menang juga. Hanya masa yang akan menentukan. Dalam konteks ini, pilihanraya akan menjadi penentunya. Juga hujah berilmu dalam blog ini merangkumi pelbagai isu juga perlu diteruskan. Jangan hanya berhenti ditengah jalan. Bagi saya, blog ini sangat bagus dengan fakta yang benar dalam membuka mata semua pihak.

    Syabas buat penulis kerana mewujudkan sebuah blog yang sangat berinformasi ini. Teruskan usaha dan hujah ilmiah saudara. Saya menyokong sepenuhnya blog ini :)

    ReplyDelete
  2. Benar sekali saudara..

    Politik ini penuh dengan tipu daya. Tipu-daya ini bukan shj mengelirukan orang awam, malah sebahagian 'cerdik-pandai'. Malah tidak sedikit ilmuan yg terjun ke bidang politik yg akhirnya kecundang di pertengahan jln.

    Taasub membutakan mata, memekakkan telinga dan menipu perasaan. Seperti disebutkan di atas, "People see what they want to see; and what they want to see has nothing to do with the truth." Itulah sebabnya dalam pandangan mereka senang boleh jadi susah. Baik boleh jadi buruk. Aman boleh jadi kacau. Kaya boleh jadi miskin. Berjaya boleh jadi gagal.

    Apapun, terima kasih atas sokongan saudara. Doakan agar usaha kecil ini beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
  3. salam
    tuan bagitau followed stockmarket... jika tuan boleh buat technical analyst.... watchout PERISAI

    kenapa tiada di fb...

    ReplyDelete
  4. doncin cai said...

    market di manipulate pada 1992/93... bermula dengan union paper... idris hydrolic yang dah jadi kertas belacan touch $8... itu jam, team wawasan powerful.... pink form di beri kepada orang2 dia.... kaya raya... sekarang ? tycoon jadian tersebut, udah nyawa2 ikan... mungkin, tak berkat kut...
    1997/98... perancangan rapi.... serangan bath, kemudian ringgit...sampai jadi RM5.20 = US$1 ( if not mistaken}.. ringgit dah collapes, baru stockmarket... shortselling, kaya raya juga... siapa ? al gore berada di kl 1998/99... mana pernah u.s presiden datang ke malaysia..LB johnson ? bukan kebetulan naib presiden u.s datang ke malaysia..Allah Maha Kaya, menidakkannya menjadi PM
    ini pengalaman sebenar

    ReplyDelete
  5. ....dan al gore jugak gagal jd US president..

    ReplyDelete
  6. btw, fb dah kena blocked. kena buat akaun baru..

    ReplyDelete

Share It