Baru-baru ini, Pengarah Strategi PKR, YB. Rafizi Ramli telah memaparkan respon terhadap rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dalam blog beliau. Sila rujuk di sini: http://rafiziramli.com/2013/09/harga-minyak-naik-dato-seri-najib-bebankan-rakyat-atas-kegagalan-sendiri/
Kami tidak mahu mengulas trik-trik lama beliau seperti membangkitkan isu subsidi korporat yang kononnya tiada kepentingan dan hanya mengayakan kroni dan sebagainya.
Di sini kami hanya ingin mendedahkan beberapa bentuk 'helah nombor' yang diguna pakai dalam respon tersebut dalam cubaan beliau untuk mengaburi mata rakyat tentang fakta sebenar.
Rakyat golongan sederhana dan miskin paling terkesan dengan kenaikan harga minyak?
Rafizi menyebutkan:
"Pendapatan dan perbelanjaan setiap isirumah adalah berbeza-beza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Mengikut kajian yang dibuat oleh MIER dan berdasarkan Kajiselidik Belanja Isirumah 2009/10, anggaran perbelanjaan untuk petrol dan diesel mengikut kategori pendapatan keluarga adalah seperti berikut:
Pendapatan bulanan isirumah (RM)
|
% belanja isirumah membiayai petrol dan diesel
|
<500
|
35
|
500 – 1,000
|
27
|
1,000 – 2,000
|
25
|
2,000 – 3,000
|
22
|
3,000 – 4,000
|
20
|
> 4,000
|
10
|
Ini bermakna, keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana secara puratanya membelanjakan lebih banyak pendapatan mereka setiap bulan untuk membiayai petrol dan diesel (oleh kerana pendapatan mereka lebih rendah dan bahan api adalah keperluan). Oleh itu, kenaikan harga minyak sudah tentu menekan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana kerana jumlah tanggungan tambahan setiap bulan adalah besar berbanding pendapatan bulanan mereka."
Jika dilihat secara zahir data yang dikemukakan, kelihatan seolah-olah golongan miskin benar-benar merupakan golongan yang paling terjejas disebabkan oleh penstrukturan semula subsidi minyak. Mari kita teliti dengan lebih mendalam...
Menurut data di atas, golongan berpendapatan di bawah RM500 sebulan dikatakan menggunakan sebanyak 35% belanja isirumah untuk membiayai petrol. Ini bermakna, mereka membelanjakan sebanyak RM175 (RM500 x 35%) sebulan untuk perbelanjaan minyak. Persoalannya, benarkah golongan yang tidak mampu membeli kenderaan atau hanya bermotosikal ini berbelanja sebanyak itu untuk minyak??
Itulah sebabnya kami meragui kesahihan data di atas.
Jika kita lanjutkan pengiraan, berdasarkan harga minyak RON95 sebelum ini iaitu RM1.90 seliter, jumlah penggunaan minyak oleh golongan berpendapatan bawah RM500 adalah kurang daripada 92 liter (RM175/RM1.90 per liter) sebulan. Dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen, kenaikan perbelanjaan minyak bagi golongan ini adalah kurang daripada RM18 sebulan.
Jika kita lanjutkan lagi pengiraan bagi golongan pendapatan lain yang lebih tinggi, kita akan perolehi jadual seperti di bawah:
Pendapatan bulanan
isirumah (RM)
|
% belanja isirumah
membiayai petrol dan diesel
|
Belanja isirumah
membiayai petrol dan diesel (RM)
|
Jumlah penggunaan
petrol sebulan (liter)
|
Jumlah subsidi petrol diterima
setiap bulan (RM)
|
Jumlah kenaikan
perbelanjaan bulanan apabila subsidi dikurangkan sebanyak 20 sen
|
|
Sebulan
|
Tahunan
|
|||||
<500
|
35
|
175
|
92.11
|
73.68
|
884.21
|
18.42
|
500 – 1,000
|
27
|
270
|
142.11
|
113.68
|
1364.21
|
28.42
|
1,000 – 2,000
|
25
|
500
|
263.16
|
210.53
|
2526.32
|
52.63
|
2,000 – 3,000
|
22
|
660
|
347.37
|
277.89
|
3334.74
|
69.47
|
3,000 – 4,000
|
20
|
800
|
421.05
|
336.84
|
4042.11
|
84.21
|
Berdasarkan jadual ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa golongan yang paling kurang terjejas adalah golongan berpendapatan paling rendah iaitu kurang daripada RM18 sebulan.
Daripada jadual ini juga kita dapati bahawa golongan berpendapatan RM4,000 dan ke atas mendapat subsidi sekurang-kurangnya RM336.84 sebulan atau RM4,042.11 setahun manakala golongan berpendapatan paling rendah mendapat hanya RM73.68 sebulan atau RM884.21 setahun.
Dengan kata lain, golongan berpendapatan tinggi mendapat sekurang-kurangnya 360% lebih banyak subsidi berbanding golongan berpendapatan paling rendah!
Bayangkan sekiranya negara melaksanakan manifesto pembangkang yang mahu menambah subsidi minyak bagi menurunkan harga RON95 kepada RM1.50 seliter. Maka jumlah subsidi yang diterima oleh golongan berpendapatan tinggi akan meningkat melebihi RM500 sebulan atau RM6,000 setahun.
Wajarkah golongan yang setiap ahli keluarga berkereta, minum teh tarik RM4, iced mocha RM15, makan nasi lemak RM8, lamb chop RM30, nasi arab RM25, burger RM10, mengguna telefon pintar berharga ribuan ringgit, memakai pakaian berjenama dan bercuti ke luar negara setiap tahun ini diberi subsidi melebihi RM500 sebulan? Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang tidak mampu membeli kenderaan atau hanya mampu bermotosikal dan berbelanja hanya RM100 sebulan untuk makan sekeluarga?
Wajarkah golongan yang setiap ahli keluarga berkereta, minum teh tarik RM4, iced mocha RM15, makan nasi lemak RM8, lamb chop RM30, nasi arab RM25, burger RM10, mengguna telefon pintar berharga ribuan ringgit, memakai pakaian berjenama dan bercuti ke luar negara setiap tahun ini diberi subsidi melebihi RM500 sebulan? Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang tidak mampu membeli kenderaan atau hanya mampu bermotosikal dan berbelanja hanya RM100 sebulan untuk makan sekeluarga?
Ini jelas menunjukkan bahawa subsidi negara perlu dirasionalisasikan agar menjadi lebih adil. Ini dilakukan dengan mensasarkan subsidi terus kepada golongan yang benar-benar layak melalui program-program subsidi bersasar seperti BR1M, KR1M, MyKASIH, KAR1SMA dan sebagainya.
Sekali lagi diingatkan, pengiraan di atas adalah hanya berdasarkan kepada data yang dikemukakan oleh Rafizi yang kita ragui ketepatannya. Kami percaya angka sebenar adalah jauh lebih dahsyat!
Trend harga minyak menurun?
Rafizi cuba bermain silap mata sekali lagi dengan menunjukkan carta kononnya trend harga minyak dunia menurun. Berikut adalah carta yang dikemukakan oleh Rafizi:
Jika diperhatikan, carta ini diambil dalam tempoh Disember 2010 sehingga Jun 2013. Persoalannya, kenapa tidak dipaparkan carta ini dari tempoh yang lebih awal? Dan mengapa hanya sehingga Jun 2013, bukan sehingga tarikh terkini?
Berikut adalah carta harga minyak mentah Brent dalam tempoh 4 tahun, iaitu dari September 2009 sehingga ke hari ini. Adakah ini trend penurunan??
Berikut pula adalah carta minyak mentah Brent jika dilihat lebih dekat dalam tempoh 6 bulan lepas.
Maka tidak hairanlah mengapa Rafizi memaparkan carta hanya setakat Jun 2013!
Apabila ahli politik menggunakan helah nombor..
Jelas sekali, respon Rafizi ini hanyalah merupakan helah nombor bagi memperdaya orang ramai termasuk segelintir 'intelektual' jahil yang 'arrogant' agar mempercayai kononnya rasionalisasi subsidi ini menekan golongan miskin bagi kepentingan golongan kaya. Hakikatnya, langkah ini adalah bagi menuntut hak golongan miskin yang kini sedang dibolot oleh golongan kaya.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan.
Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan,
pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat.
Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.”
Ada yang bertanya,
“Apakah yang dimaksudkan dengan Ruwaibidhah?”.
Baginda menjawab,
“Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Jika syarikat korporat seperti Enron suatu masa dahulu menggunakan helah nombor untuk menipu para pelabur, siapakah yang cuba ditipu oleh ahli politik yang mengamalkan helah nombor sebegini??
Artikel berkaitan:
- Najib vs Anwar: ke mana duit minyak patut dibelanjakan?
- turun harga minyak lebih baik daripada BR1M?
- kebajikan rakyat: PR vs BN
No comments:
Post a Comment