Thursday, 21 March 2013

Malaysia bankrap




Ramai di kalangan kita yang keliru. Ada orang kata ekonomi Malaysia kukuh, masa depan ekonomi  Malaysia cerah dan Malaysia akan mencapai status negara maju menjelang 2020. 
Satu pihak lagi mengatakan bahawa ekonomi kita teruk, hutang negara tidak terurus dan negara  akan bankrap.

Di sini saya tidak berniat untuk bercerita secara akademik berkenaan situasi ekonomi negara. Cukup sekadar panduan untuk orang awam agar dapat menilai dengan objektif.


Siapa patut kita dengar?


Di antara 3 golongan ini, iaitu politikus, orang awam yang makan gaji dan para pelabur dan institusi berkaitan pelaburan, secara logiknya, siapa yang patut kita ikuti?

a) Politikus. 

Apa yang penting bagi golongan ini adalah kemenangan dalam pilihanraya. Pihak kerajaan akan kata ekonomi negara baik dengan masa depan yang gemilang. Pihak pembangkang pula akan kata ekonomi kita teruk, masa depan negara gelap gelita dan Malaysia perlu ‘diselamatkan.’ Bagi mereka ungkapan mereka itu benar atau tidak tak penting. Yang penting adalah undi! Jelas sekali golongan ini bukanlah golongan yang patut didengari oleh mereka yang objektif.

b) Orang awam yang makan gaji. 

Golongan ini tidak untung apa-apa dan tidak rugi apa-apa. Mereka boleh dengar cakap sesiapa dan mereka boleh taasub dengan sesiapa. Mereka betul atau salah, sama sahaja.. cukup bulan, mereka tetap dapat gaji. They have nothing to lose! 

c) Para pelabur dan institusi berkaitan pelaburan. 

Mereka ini hidup dengan ‘pertaruhan’ mereka. ‘Pertaruhan’ ini mesti berasaskan kepada analisa yang objektif. Mereka tak boleh taasub. Kalau mereka benar, mereka untung. Kalau mereka silap, mereka rugi! Begitu juga dengan agensi penarafan (rating agencies). Para pelabur bergantung kepada rating yang mereka keluarkan. Mereka ini juga perlu objektif kerana mereka hidup dengan reputasi mereka di kalangan pelabur.


Jenis pelabur.


Warren Buffet, pelabur terhebat dunia menyebutkan, “When the crowd is greedy, you must be fearful; when the crowd is fearful, you must be greedy.”


Warren Buffett

Dengan kata lain, the crowd is always wrong!

Secara umumnya, terdapat dua jenis pelabur, iaitu pelabur biasa dan pelabur professional. Pelabur biasa inilah yang dimaksudkan sebagai ‘crowd’ oleh Warren Buffett di atas.

Pelabur professional pula adalah pelabur pintar yang mempunyai kepakaran analisis serta jaringan maklumat yang hebat. Mereka ini biasanya adalah para pelabur institusi. Ekspektasi mereka inilah yang biasanya menggerakkan pasaran. Itulah sebabnya pasaran saham merupakan ‘leading indicator’ bagi ekonomi sesebuah negara. Pasaran saham merudum sebelum negara benar-benar mengalami kegawatan dan melonjak sebelum ekonomi negara benar-benar pulih atau bertumbuh. 

Itulah sebabnya sepertimana dalam post sebelum ini, indeks Bursa Malaysia melonjak sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan. Ini menunjukkan bahawa para pelabur telah hilang keyakinan dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan oleh beliau yang menyebabkan kegawatan menjadi lebih teruk.  Selain itu, mereka lebih yakin dengan idea Dr. Mahathir dalam menangani krisis tersebut. 

Seperti disebutkan Warren Buffett di atas, hanya pelabur bijak sahaja yang membuat pembelian di tengah-tengah kegawatan, ketika mana para pelabur biasa melarikan diri dari pasaran! Jelas sekali, pembelian ini dibuat oleh para pelabur bijak yang tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca, bukan pelabur biasa yang hanya melabur berdasarkan emosi dan sentimen. Malaysia terbukti menjadi negara paling awal pulih daripada kegawatan ekonomi tersebut.


Carta "candlestick" indeks Bursa Malaysia dari akhir Julai ke awal September 1998 sekitar tarikh DSAI dipecat.

Begitu juga halnya yang berlaku pada tahun 2009. Ketika itu, negara masih lagi berada dalam kegawatan. Namun, Bursa Malaysia melonjak hampir 500 mata. Ini disebabkan para pelabur yakin dengan proses pemulihan ekonomi negara ketika itu.  

Lebih menarik lagi, ketika pihak pembangkang mengkritik keras bajet 2010 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib serta cuba menghalang daripada ia diluluskan oleh Dewan Rakyat, bursa Malaysia terus melonjak ke 1597 mata pada tahun 2010, iaitu paras tertinggi dalam sejarah. Keyakinan para pelabur itu terbukti benar apabila ekonomi negara bertumbuh sebanyak 7% pada tahun 2010 di kala persekitaran ekonomi dunia yang sangat mencabar!


Carta indeks Bursa Malaysia dari penghujung tahun 2007 ke awal 2013. 
Charts don’t lie!


Bagaimana pula sekarang? Adakah Malaysia akan bankrap?


Para pelabur professional tahu dengan terperinci tentang status ekonomi negara. Mereka tahu tentang keadaan kewangan negara. Mereka tahu tentang masalah yang ada pada negara. Mereka juga tahu tentang kadar hutang negara!

Namun, dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, kemasukan dana pelaburan asing terus meningkat. Dalam tempoh hanya tidak sampai 3 bulan, jumlah kemasukan pelaburan asing ke dalam pasaran Malaysia tahun ini telah mencecah RM6.4 billion berbanding RM13.7 billion bagi keseluruhan tahun 2012.



Kemasukan Dana Asing Mingguan ke Dalam Pasaran Ekuiti Malaysia 

Antara institusi pelaburan asing yang giat menambah pelaburan dalam pasaran Malaysia termasuklah Aberdeen Asset Management, salah sebuah syarikat Unit Amanah terbaik dunia. 


Persoalannya..


Adakah mereka ini jahil tentang keadaan ekonomi negara? Adakah mereka tidak tahu tentang kadar hutang negara yang dikatakan berada di paras merbahaya? Adakah mereka ini bodoh dan sengaja melabur untuk rugi? 

Jelas sekali mereka mempunyai ekspektasi  yang tinggi terhadap ekonomi negara. Mereka yakin dengan masa depan ekonomi negara!


Satu lagi…


Pada 21 Januari 2013 lepas, tersebar khabar angin yang kononnya Parlimen dibubarkan. Ini menyebabkan para pelabur runcit membuat jualan panik sehingga menyebabkan kejatuhan Bursa Malaysia sebanyak 40 mata dalam masa sehari. Ini disebabkan oleh kekhuatiran mereka terhadap kemungkinan BN akan tumbang pada PRU13 yang akan menyebabkan ketidaktentuan pada ekonomi negara.

Namun, para pelabur professional termasuk Aberdeen Asset Management terus mengambil kesempatan membuat pembelian pada harga yang lebih rendah ekoran penjualan panik oleh pelabur runcit.  Itulah sebabnya kejatuhan itu hanya berlaku sekejap dan indeks Bursa Malaysia terus bertahan di paras 1600. 


Carta "candlestick" indeks Bursa Malaysia dari awal Disember 2012 hingga awal Mac 2013.

Ini juga menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai analisa dan jaringan maklumat yang hebat ini yakin bahawa BN akan terus berkuasa selepas PRU13..

WaLLahu a’alam.

No comments:

Post a Comment